Skip to main content

Sukan Lain

Bajet 2023: Industri sukan terima suntikan RM332 juta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tengku-zafrul-bajet-sukan-2023_1.jpg
Industri sukan negara mendapat durian runtuh apabila menerima suntikan berjumlah RM332 juta bagi tahun 2023.

Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen hari ini, sekali gus menyaksikan kenaikan berjumlah RM88 juta berbanding tahun lalu.

Arena sukan permotoran negara turut mendapat manfaat dengan peruntukan RM20 juta bagi pembinaan litar 'drag' selain sektor E-Sukan juga tidak ketinggalan menerima dana sebanyak RM13 juta.

Daripada keseluruhan RM332 juta yang diperuntukkan itu, sejumlah RM154 juta akan diperuntukkan bagi program latihan atlet di bawah program pembangunan ekosistem sukan menyeluruh.

Manfaat itu dijangka dinikmati dinikmati atlet-atlet kebangsaan yang sedang dipersiapkan untuk kejohanan bertaraf dunia.

Turut diletakkan di bawah segmen ekosistem berkenaan ialah program pencarian bakat dan juga kelengkapan fasiliti sukan. 
 

Advertisement

Must Watch Video