Pentas Sukan Asia masih belum serasi buat pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, apabila dia tewas kepada pemain berpengalaman Korea Selatan, Son Wan Ho, dalam pusingan ketiga saingan badminton individu di Istora Senayan, Jakarta, hari ini.
Ini merupakan pembabitan pertama Zii Jia dalam Sukan Asia dan selepas kekecewaan dalam acara berpasukan tempoh hari, nyata dia ingin menebus kehampaan itu dalam saingan individu.
Selepas mudah melepasi pusingan kedua menerusi kemenangan ke atas pemain Pakistan, Sarwar Azeem, cabaran sebenar buat Zii Jia sudah pasti pertemuan dengan Wan Ho.
Set pertama menyaksikan Zii Jia dibelenggu rentak permainan yang tidak konsisten.
Hasilnya, kesempatan itu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh lawannya apabila memperoleh kemenangan 21-11.
Wakil negara itu kemudian tampil dengan aksi lebih baik dalam set berikutnya, namun Wan Ho juga meningkatkan permainannya.
Kebangkitan Zii Jia tidak menjadi apabila dia terpaksa tunduk 17-21 dalam tempoh keseluruhan 39 minit.
"Yang pertama, saya kalah dalam aspek kesabaran.
"Kemudian, saya tidak dapat bertahan dalam permainan rali, mungkin tahap fizikal lawan lebih tinggi.
"Balik nanti, saya akan berbincang dengan jurulatih untuk mengatasi apa yang patut," katanya.