Pemain beregu lelaki negara, Ong Yew Sin, mengakui dia dapat berasakan tekanan lebih hebat selepas acara itu menjadi taruhan terakhir Malaysia untuk meraih pingat badminton dalam Sukan Asia kali ini.
Acara beregu lelaki kini menjadi tumpuan selepas kemaraan Teo Ee Yi dan Yew Sin ke suku akhir susulan kemenangan 21-14, 21-17 ke atas gandingan nombor tiga dunia dari Jepun, Keigo Sonoda-Takeshi Kamura, hari ini.
Tekanan dilihat semakin memuncak setelah wakil negara yang lain tumbang satu demi satu, termasuk kekalahan mengejut dua pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying serta Goh Soon Huat-Shevon Lai, menyaksikan hasrat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk meraih sekurang-kurangnya dua pingat semakin pudar.
Situasi itu ditambah dengan kegagalan dua pemain perseorangan lelaki, Liew Daren dan Lee Zii Jia, yang turut gagal melepasi lawan masing-masing.
"Tekanan memang ada tetapi kami datang ke sini memang mahu berjuang untuk dapatkan pingat. Kami cuba kawal tekanan itu," kata Yew Sin.
Dalam aksi berdepan Sonoda-Kamura, Yew Sin menganggap keserasian baik bersama Ee Yi menjadi antara kunci utama mereka dapat mengatasi lawan.
Bagaimanapun, masih ada ruang untuk meningkatkan rentak permainan masing-masing, khususnya bagi menghadapi saingan suku akhir.
"Kami memang berpuas hati dengan aksi pada hari ini dan kini akan fokus untuk pertemuan esok.
"Aksi pada hari ini tidak memberikan banyak masalah dan kami dapat mengawal perlawanan sejak awal," tambahnya.