Skip to main content

Sukan SEA

Badminton: Tiada perubahan kombinasi pemain

firman.jpg
Ketua jurulatih beregu lelaki, Paulus Firman, berpandangan peluang lebih cerah untuk Malaysia meraih pingat emas jika kombinasi beregu lelaki tidak berubah walaupun kaedah "gandingan bidan terjun" menunjukkan potensi memberi kejutan dalam saingan Sukan SEA Filipina, November depan.

Bagi memastikan mendapat pingat dalam temasya dwitahunan itu, Paulus enggan mengambil risiko dengan menggunakan kaedah "bidan terjun" seperti dalam Piala Sudirman.

Ketika itu, gandingan pecahan beregu lelaki, Aaron Chia-Teo Ee Yi, membuahkan hasil ketika menentang gandingan dari India.

"Tiada perubahan gandingan pemain di Manila kelak.

"Kami meletakkan sasaran untuk meraih pingat emas dan tidak mahu persiapan yang telah dilakukan tergugat," katanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini. 

Paulus menyedari bahawa gandingan beregu lelaki masih mempunyai banyak aspek yang harus diperbaiki, termasuk aspek kekuatan mental sebelum saingan bermula.

"Kekuatan mental harus dipertingkatkan seiring dengan tahap fizikal. Ia sangat penting ketika berdepan barisan pemain yang berpengalaman dan berkualiti."

Dalam edisi 2017, skuad badminton negara hanya berjaya merangkul satu emas menerusi Goh Jin Wei dalam perseorangan wanita selain meraih lima perak dan dua gangsa.

Advertisement

Must Watch Video