Ketua jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek, menerima hakikat wakil yang ditampilkan dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang kali ini tidak setanding pencabar lain susulan ketiadaan jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei.
Ia susulan taruhan terakhir dalam perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, tersungkur kepada pemain berpengalaman, Son Wan Ho, dalam aksi straight set 11-21, 11-7 di Istora Senayan, Jakarta, hari ini.
"Pada awalnya, saya lihat Zii Jia macam boleh saingi menerusi persepsi awal keseluruhan permainannya selepas mempamerkan rejaman dan kelebihan.
"Dia nampak tertekan dengan pukulan tidak berbahaya dan buntu dengan diri sendiri.
"Keseluruhannya, saya simpulkan dia kekurangan daripada segi pengalaman.
"Begitu juga dalam set kedua, dia mengambil risiko dan berhempas-pulas seperti menukar corak lariannya.
"Itulah sebenarnya permainan yang harus ditampilkan," ujar Misbun.
Dalam masa sama, Misbun juga enggan memanjangkan isu pemilihan pemain biarpun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengetepikan seorang lagi pemain muda, Leong Jun Hao, yang memberi laluan kepada Liew Daren.
"Sebenarnya saya menjurus kepada Jun Hao tetapi pemilihan Liew Daren berdasarkan prospek pingat yang digalas.
"Jadi, kami akur dengan keputusan yang diambil.
"Sebenarnya, Daren juga bagus sebab dia mengharungi kempen Kejohanan Dunia dengan baik.
"Cuma, dia dilihat tertekan. Banyak kesilapan yang dilakukan sendiri.
"Saya lihat ia satu pendekatan yang bagus," katanya lagi.