Datuk Seri Norza Zakaria tidak akan meletakkan jawatan presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) walaupun sukan terbabit gagal memberi sebarang pingat buat negara dalam Sukan Asia kali ini.
Skuad badminton negara gagal menampilkan persembahan terbaik di Istora Gelora Bung Karno, setelah tersingkir dalam pusingan awal acara berpasukan dan individu.
Bagaimanapun, Norza tetap berpuas hati dengan prestasi skuad negara tetapi mahu mereka bangkit dalam kejohanan akan datang serta beliau turut menegaskan tidak akan melepaskan jawatannya.
"Prestasi masih lagi membanggakan. Walaupun menghadapi banyak cabaran, semangat pemain badminton negara sentiasa tinggi. Saya amat bangga dengan mereka.
"Rakyat Malaysia kecewa kerana gagal menampilkan persembahan yang lebih cemerlang. Tetapi kami perlu mengambil perkara ini sebagai pengajaran untuk tampil cemerlang pada masa akan datang.
"Saya akan terus bersama dengan BAM dan kami akan kembali melakukan perbincangan secara terperinci sebaik tiba di Malaysia nanti," kata Norza sambil menambah Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM akan bermesyuarat Rabu ini.