Skip to main content

Sukan Asia

Badminton: Misbun percaya keupayaan wakil negara

misbun.jpg
Ketua jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek, kekal percaya dengan keupayaan wakil negara dalam Sukan Asia kali ini walaupun mereka gagal memperoleh mata ketika tewas kepada Jepun dalam acara berpasukan.

Ini merupakan kali pertama skuad berpasukan lelaki negara gagal untuk sekurang-kurangnya mara ke suku akhir di pentas Sukan Asia berikutan kekalahan 3-0 kepada Jepun dalam aksi di Istora Senayan, hari ini.

Dua pemain perseorangan yang diturunkan, Liew Daren serta Lee Zii Jia, tidak mampu untuk menyekat lawan daripada menghasilkan mata kepada Jepun.

Daren kecundang kepada Kento Momota dalam aksi straight sets, nasib sama yang dilalui Zii Jia apabila dikecewakan Kenta Nishimoto.

Di sebalik kekecewaan itu, Misbun tetap yakin dengan kemampuan pemain negara, khususnya Zii Jia, untuk bangkit semula bagi saingan individu nanti.

"Saya dapat melihat ketenangan dalam permainan pemain-pemain negara, cuma terdapat beberapa perkara daripada segi strategi dan taktikal yang perlu ditingkatkan," katanya.

Sementara itu, Misbun juga beranggapan suasana di gelanggang masih belum dapat dikuasai sebaik mungkin oleh pemain negara dan mahu memastikan ia diatasi sebelum saingan individu bermula.

Jelasnya lagi, tidak banyak perubahan daripada segi corak latihan kerana apa yang lebih diutamakan adalah kekuatan mental pemain untuk menghadapi lawan.

"Buat masa ini, kami akan meneruskan persiapan yang sama, cuma perlu mencari jalan untuk mengatasi lawan ketika beraksi dalam acara individu nanti."

Advertisement

Must Watch Video