Skip to main content

Sukan Asia

Badminton: Meng Yan azam atasi kejayaan senior

meng-yan.jpg
Pemain beregu tunggal wanita negara, Lee Meng Yan, mahu mengatasi pencapaian yang dilakar seniornya, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei, ketika memperoleh pingat gangsa di Incheon 2014 sambil mengharapkan tuah undian mampu memihak kepada mereka.

Emas atau perak, tumpuan utama pastinya diberikan buat pasangan Meng Yan dan Chow Meng Kuan dalam saingan Sukan Asia kali ini.

Muncul selaku wakil tunggal beregu wanita, sudah pasti mereka mahu mengatasi pencapaian terdahulu yang dilakar Vivian-Khe Wei, atau lebih baik, mahu muncul selaku pemenang emas pertama bagi beregu wanita negara dalam Sukan Asia.

"Kalau boleh, saya mahu mengatasi pencapaian itu kerana ingin mendapatkan pingat emas atau perak buat negara," kata Meng Yan.

Dalam masa sama, Meng Yan mengharapkan tuah ketika undian mampu memihak kepada mereka bagi merealisasikan harapan kali pertama beraksi dalam Sukan Asia.

"Cabaran dalam Sukan Asia datang daripada kelompok pemain-pemain 10 terbaik dunia, jadi ia pasti tidak mudah."

Pasangan beregu itu tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta kelmarin bersama rakan sepasukan yang lain.

Advertisement

Must Watch Video