Gandingan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, mengetuai kemaraan wakil negara ke pusingan kedua saingan individu Sukan Asia Jakarta-Palembang selepas mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing dalam aksi pusingan pertama di Istora Senayan, Jakarta, hari ini.
Mereka memerlukan tempoh 50 minit sebelum menyingkirkan wakil India, Pranaav Chopra-N. Sikki Reddy, yang menyaksikan mereka memulakan permainan dengan rentak kemenangan dengan 21-15.
Begitupun, lawan mula mengatur rentak lebih garang dalam set kedua apabila pada sesuatu ketika, memimpin pertarungan dengan kelebihan tujuh mata.
Namun, kecekalan Peng Soon-Liu Ying untuk mengelak permainan berlarutan berhasil menerusi kebangkitan 23-21.
"Saya kurang berpuas hati dengan aksi pada hari ini dan berharap persembahan esok akan lebih bagus.
"Dalam set pertama, kami masih keadaan yang bagus tetapi selepas itu lawan mula bangkit manakala kami agak tergesa-gesa (dalam permainan)," kata Liu Ying.
Beregu campuran negara itu perlu menghadapi rintangan lawan dari Hong Kong, Reginald Lee Chun Hei -Chau Hoi Wah, terlebih dahulu esok sebelum boleh memasang impian lebih jauh.
"Keadaan angin di sini tidaklah seteruk semasa Terbuka Indonesia, angin di sini agak stabil.
"Lawan yang akan dihadapi esok pasti lebih bagus (daripada hari ini) dan kami perlu membuat persiapan terbaik," katanya yang menundukkan Chun Hei-Hoi Wah dalam pertemuan terakhir, dua tahun lalu.
Keputusan lain:
Beregu lelaki
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menang ke atas Reginald Lee Chun Hei-Or Chin Chung 21-11, 21-18.
Beregu wanita
Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean menang ke atas Chen Hsiaohuan-Hu Lingfang 21-13, 21-14.
Beregu campuran
Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai menang ke atas Wang Chi Lin-Lee Chiah Sin 21-12, 21-16.