Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, adalah antara atlet yang berada dalam situasi bahaya dalam Program Podium selepas tewas mengejut kepada pasangan Hong Kong menerusi set penentuan ketika perlawanan pusingan kedua Sukan Asia 2018, hari ini.
Dalam aksi di Istora Senayan itu, kekalahan Peng Soon-Liu Ying tampak mengundang rasa kecewa barisan pegawai sukan negara.
Gandingan yang berada di ranking kesembilan dunia itu turun dengan harapan dapat menyumbang salah satu daripada dua pingat seperti yang ditetapkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Namun, kekalahan mengejut 17-21, 21-19, 26-28 kepada gandingan yang berada di ranking ke-23 dunia, Lee Chun Hei-Chau Hoi Wah, meletakkan mereka dalam situasi bahaya untuk terus kekal dalam program tersebut.
"Kami menyasarkan pingat buat beregu campuran negara dalam Sukan Asia tetapi ia tidak dapat dicapai. Ini adalah satu perkara mengecewakan.
"Jadi, untuk Program Podium, kami akan menyemak semula apabila pulang ke tanah air nanti," kata ketua unit Program Podium, Dr P. Vellapandian.
"Saya amat kecewa dengan prestasi Peng Soon dan Liu Ying. Sepatutnya mereka menang dengan mudah pada hari ini tetapi mungkin tiada nasib buat mereka," ujar ketua kontinjen negara, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.
Sedikit melegakan, Peng Soon-Liu Ying meraih gangsa dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu.
Atlet Program Podium ditetapkan perlu meraih pingat dalam kedua-dua temasya untuk terus kekal dalam program sukan termahal negara itu.
"Kami sudah cuba yang terbaik tetapi kesilapan ketika detik penting membuatkan kami tewas," kata Liu Ying.