Skip to main content

Sukan Asia

Badminton: Cabaran skuad negara berakhir

tan-wee-kiong.jpg
Skuad badminton negara menamatkan saingan Sukan Asia Jakarta-Palembang tanpa sebarang kilauan pingat selepas dua wakil beregu lelaki negara tunduk dalam aksi suku akhir di Istora Senayan, Jakarta, hari ini.

Pilihan utama dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo, hanya memerlukan tempoh 36 minit untuk menoktahkan cabaran beregu negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, 22-20, 21-19.

"Permainan kami lebih baik pada hari ini berbanding dua hari lepas. 

"Gagal untuk menang agak menyedihkan jugalah," kata Wee Kiong. 

Terdahulu, laluan satu lagi taruhan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, untuk terus melakar kejutan tidak kesampaian apabila disingkirkan wakil Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Segalanya seperti tidak kena hari ini apabila tenggelam dengan sorakan padu penyokong tuan rumah sebelum mengakhiri cabaran mereka dalam tempoh 40 minit. 

Situasi itu diakui Ee Yi yang mengakui mereka gagal menampilkan aksi terbaik dengan berkata: "Persembahan hari ini tidak bagus. 

"Kami agak tertekan."
 

Advertisement

Must Watch Video