Skip to main content

Sukan Asia

Badminton: Berpasukan lelaki tetap pasang misi besar

paulus-firman.jpg
Laluan sukar acara berpasukan lelaki tidak menjejaskan sasaran dua pingat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam Sukan Asia Indonesia, dengan ketua jurulatih beregu lelaki, Paulus Firman, menyifatkan anak buahnya mampu menggalas cabaran.

Undian semalam menyaksikan laluan terlalu sukar buat skuad lelaki negara mengulangi pencapaian pingat gangsa empat tahun lalu.

Apa yang lebih realistik, acara individu dengan undiannya yang akan dijalankan pada Rabu depan menjadi peluang buat kontinjen negara memburu pingat menerusi beregu lelaki dan beregu campuran.

"Kami akan tetap cuba memberikan yang terbaik, peluang itu tetap ada.

"Saya harap kami boleh menyumbang pingat untuk kontinjen Malaysia," kata Paulus. 

Skuad badminton mengggalas tugas berat tanpa perseorangan utama, Datuk Lee Chong Wei, yang menarik diri ekoran masalah kesihatan.

Mereka menyumbang empat gangsa di Incheon empat tahun lalu menerusi Chong Wei, beregu lelaki, beregu wanita dan berpasukan lelaki.

"Kami ambil positif penyertaan kali ini .

"Kami perlu terima hakikat bahawa kami akan bertemu pasukan handalan," kata ketua jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Misbun Sidek. 

Advertisement

Must Watch Video