Skip to main content

Sukan Asia

Badminton: Beregu lelaki raih dua slot suku akhir

men-double.jpg
Tiada kesukaran buat gandingan beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, untuk melangkah ke suku akhir saingan Sukan Asia selepas menundukkan wakil Nepal, hari ini.

Dalam aksi di Istora Senayan, gandingan nombor satu negara itu tidak perlu bermandi peluh untuk mudah mencatat kemenangan 21-9, 21-12 ke atas Nepal yang diwakili Bikash Shrestha-Nabin Shrestha.

Keputusan itu bermakna dua gandingan lelaki negara menempatkan diri dalam kelompok lapan terakhir selepas Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi terlebih dahulu menundukkan pemain Jepun, Keigo Sonoda-Takeshi Kamura, 21-14, 21-17.

"Memang hari ini lawan yang kami temui berada pada tahap yang jauh tetapi kami juga mengambil kesempatan ini untuk menyesuaikan diri

"Saya rasa setiap orang mahu menang dan kini hanya tinggal dua wakil Malaysia. Saya rasa semua pemain, termasuk saya, akan cuba yang terbaik untuk mendapatkan pingat. 

"Ia bukan mudah tetapi kami akan lakukan apa yang terbaik," kata Wee Kiong.

 

Advertisement

Must Watch Video