Skip to main content

Sukan Lain

Azroy, Aznil buru tiket ke Olimpik di Ningbo

azroy.jpg
Pemburuan mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan bermula untuk skuad angkat berat negara minggu depan apabila Azroy Hazal Wafie Ahmad Izhar dan Aznil Bidin mencabar Kejohanan Angkat Berat Asia di Ningbo, China.

Kejohanan Asia akan menjadi penampilan antarabangsa sulung skuad angkat berat negara selepas digantung hampir setahun ekoran kes doping.

Bagaimanapun, Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) hanya menghantar Azroy dan Aznil yang memiliki peluang mengumpul mata kelayakan Olimpik Tokyo.

Malah, Azroy masih segar dengan kejayaan mencatat rekod baru kebangsaan, 261 kilogram, ketika menjuarai Kejohanan Tertutup Malaysia di Sabah, bulan lalu.

Kali terakhir atlet angkat berat negara meraih pingat Kejohanan Asia ialah menerusi Amirul Amizan Ibrahim pada 2008.

Sukan Olimpik Rio 2016 menyaksikan skuad angkat berat diwakili Mohd Hafifi Mansor.

"Saya mahu melakukan catatan terbaru dalam kategori saya dalam saingan di China nanti. Saya dan Aznil akan berusaha untuk mendapatkan slot ke Sukan Olimpik," kata Azroy.

Advertisement

Must Watch Video