Ratu Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, Azreen Nabilah Alias, kesuntukan waktu untuk mencari tiket ke Sukan SEA Filipina 2019 kerana masih bergelut untuk melepasi had kelayakan acara 100 meter seperti ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Ia minggu yang penting untuk Azreen memandangkan Kejohanan Tertutup Malaysia 2019 bermula Jumaat ini adalah peluang terakhir untuk atlet dari Terengganu itu layak ke Sukan SEA.
Dia perlu melepasi 11.79 saat, catatan yang jauh daripada lakaran peribadi terbaiknya ketika Sukma Perak tahun lalu apabila lariannya membuahkan masa 11.81s.
Lebih perit, kejohanan hujung minggu ini merupakan penampilan pertamanya sejak mengalami kecederaan paha dalam Terbuka Vietnam, Julai lalu.
"Sebenarnya, saya baru pulih daripada kecederaan paha. Namun, saya akan lakukan yang terbaik dalam Kejohanan Tertutup Malaysia nanti untuk mengejar tempat ke Sukan SEA," katanya.
Azreen kini kembali mendapat bimbingan jurulatihnya, M. Balamurugan, yang sebelum ini berkelana ke Amerika Syarikat bersama Jonathan Nyepa dan Zaidatul Husniah Zulkifli.
Tugas berat menanti Balamurugan memandangkan dia perlu memastikan Azreen layak ke Sukan SEA buat kali kedua selepas penampilan pertamanya dua tahun lalu ketika beraksi dalam acara 4x100m.
"Untuk layak ke Sukan SEA, sesiapa sahaja masih boleh. Kriteria yang ditetapkan MOM bukan berlandaskan Sukan SEA edisi sebelum ini tetapi mengikut catatan terbaik bagi kategori A," ujar Balamurugan.