Skip to main content

Sukan Lain

Aznil tekad pertahan emas Sukan Komanwel

aznil-bidin_1.jpg
Atlet angkat berat kebangsaan, Aznil Bidin, dalam persiapan rapi menuju dua temasya utama tahun ini iaitu Sukan SEA Vietnam dan Sukan Komanwel Birmingham.

Bagi penampilan ketiga dalam Sukan SEA, Aznil menetapkan sekurang-kurangnya berada di podium.

Sementara untuk Sukan Komanwel, mempertahankan pingat emas yang diraihnya di Gold Coast empat tahun lalu.

Aznil turut berkongsi mengenai perkembangan pemulihan kecederaan tulang belikatnya yang sudah hampir pulih sepenuhnya. 

"Buat masa ini, saya memberikan tumpuan bagi saingan Sukan SEA dan Komanwel, ketika ini, saya mahu memastikan dapat mencari semula rentak terbaik," kata Aznil.

"Saya akan cuba untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dalam saingan Sukan Komanwel, ia tidak mudah namun saya tetap akan cuba yang terbaik."
 

Advertisement

Must Watch Video