Skip to main content

Sukan Lain

Aznil berdepan laluan sukar ke Tokyo

aznilbidin.jpg
Atlet angkat berat negara, Aznil Bidin, berdepan laluan sukar untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 jika gagal meraih pingat dalam Kejohanan Angkat Berat Negara-Negara Komanwel 2019 di Kepulauan Samoa dari 9 hingga 14 Julai ini.

Aznil, yang beraksi dalam kategori 61 kilogram, kini memburu mata kelayakan ke Olimpik Tokyo 2020 dengan harapan meraih pingat pertama buat negara.

Bagaimanapun, dia harus meraih pingat dalam Kejohanan Negara-Negara Komanwel disebabkan gagal beraksi cemerlang bagi acara clean and jerk dan snatch ketika beraksi dalam Kejohanan Asia di Ningbao, China, April lalu.

Kini, dia bersedia menghadapi saingan bermula Selasa depan selepas mengharungi program baru yang dirangka jurulatihnya mampu menyerlahkan potensi dirinya.

"Latihan seperti biasa, kami telah membuat persiapan yang lebih rapi untuk menghadapi saingan di Kepulauan Samoa dan berharap meraih mata yang tinggi kali ini," katanya.

Kali terakhir Aznil meraih pingat dalam Kejohanan Negara-Negara Komanwel adalah pada tahun 2015 di India apabila berjaya merangkul pingat perak dalam kategori 62kg.

Advertisement

Must Watch Video