Skip to main content

Sukan Lain

Azizulhasni kongsi perkembangan sejak bergelar pelumba profesional

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azizulhasni.jpg
Olimpian berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, berkongsi perkembangan terkininya selepas lebih kurang tiga bulan memilih untuk bergerak secara profesional.

Pelan yang dirangka The Pocket Rocketman adalah untuk memperincikan lagi cabaran, fokus kepada latihan dan perancangan terbaik menuju ke Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Santiago, Chile pada Oktober depan. 

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Husna Zainudin, dia berkata: "Ketika ini saya masih dalam fasa awal persediaan, jadi saya baru pulang ke Malaysia dalam empat minggu lalu untuk berlatih bersama pasukan kebangsaan.

"Pasukan negara baru pulang daripada markas mereka di Eropah, di mana mereka berada di sana selama lebih sebulan untuk berlatih dan menyertai kejohanan.

"Ia waktu yang baik untuk menilai prestasi saya, di mana tahap semasa saya dan sudah pasti untuk berlatih bersama pasukan negara.

"Saya gembira dapat berjumpa rakan-rakan sepasukan seperti Shah Firdaus (Sahrom) dan Fadhil (Zonis).

"Apa yang mengejutkan, perancangan yang berlaku lebih baik daripada apa yang saya jangkakan. 

"Saya sangka saya mungkin akan beberapa langkah di belakang pasukan negara kerana mereka berada dalam kondisi terbaik selepas pulang dari Eropah, tetapi sebenarnya saya tidak terlalu jauh dengan prestasi mereka.

"Saya amat gembira, mereka juga amat gembira saya pulang ke sini kerana kami dapat mendorong sesama sendiri.

"Mereka suka apabila saya ada kerana saya gemar memberikan motivasi buat mereka.

"Ia tentang intensiti, ia tentang pengalaman dalam latihan dan perkara-perkara seperti itu.

"Harap-harap kami dapat berlatih bersama lagi dan pasukan muda ini dapat meningkatkan prestasi mereka pada masa akan datang," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video