Atlet berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, dipilih sebagai atlet terbaik kontinjen negara dalam Sukan Asia 2018 selepas menyumbang satu emas, satu perak dan satu gangsa, termasuk rekod kebangsaan dalam pecut berpasukan lelaki.
"Azizulhasni merupakan atlet yang menampilkan prestasi yang cemerlang dalam Sukan Asia. Dia berjaya meraih pingat emas dalam acara pecut individu.
"Tetapi kesilapan dalam strateginya untuk acara keirin menyaksikan dia sekadar meraih gangsa," kata Ketua Program Podium, Dr P. Vellapandian, dalam sidang akhbar bersama bagi merumuskan pencapaian kontinjen negara di Kedutaan Malaysia di Jakarta, hari ini.
Azizulhasni memang berhak dipilih atlet terbaik Malaysia kerana turut muncul satu-satunya penyumbang emas dalam acara dipertandingan dalam Sukan Olimpik.
Emas diraihnya dalam pecut individu, perak pecut berpasukan sementara gangsa dalam keirin.
Rekod kebangsaan dalam pecut berpasukan lelaki, 43.934 saat, dileburkan, sekali gus menamatkan kemarau 10 tahun selepas dia, Rizal Tisin dan Josiah Ng beraksi dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.
Sementara itu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat mempertimbangkan cadangan agar MOM turut diberi geran bagi melancarkan aspek pengurusan dan pentadbiran sukan bertemasya.
"MOM mahu terlibat dalam persiapan dan pengurusan atlet bagi menghadapi kejohanan-kejohanan akan datang," kata Presiden MOM, Datuk Seri Norza Zakaria.
Imej: Asiana