Chef-de-mission (CDM) negara ke Sukan Asia Indonesia, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, gembira apabila beberapa persatuan sukan kebangsaan bertindak menanggung atlet mereka untuk menyertai temasya di Jakarta dan Palembang selepas menerima arahan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Ia satu perkembangan positif untuk kontinjen Malaysia apabila ada persatuan mengambil tindakan proaktif itu berbanding meminta ia ditampung atlet.
Itu pasti mengembirakan CDM selepas mengeluarkan saranan kepada semua persatuan sukan kebangsaan supaya mereka bertanggungjawab ke atas penyertaan atlet mereka.
"Alhamdulillah. Saya harap yang belum lagi, akan mengambil iktibar daripada persatuan-persatuan lain ini dan membuat sesuatu bagi memastikan mereka tidak membebankan atlet itu sendiri untuk membiayai kos untuk datang ke Sukan Asia ini," katanya ketika menghadiri upacara menaikkan bendera Malaysia di perkampungan sukan di Kemayoran, Jakarta, hari ini.