Skip to main content

Sukan Lain

Azeem mampu perbaiki catatan larian, kata jurulatih

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeem-fahmi.jpg
Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mampu mencatatkan masa bawah 10.30 saat pada kejohanan kedua di Amerika Syarikat, awal pagi esok.

Jurulatihnya, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah, yakin pelari berusia 19 tahun itu berpotensi memperbaiki catatan 10.32s ketika meraih pingat emas Kejohanan Florida States Universiti, minggu lalu.

Ia penting untuk memastikan Azeem berada di landasan betul untuk melepasi had kelayakan Kejohanan Dunia dan Sukan Plimpik Paris iaitu 10 saat.

"Perkara paling penting, dia boleh berusaha mendapatkan kelayakan ke Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik secara merit," kata Amir.

"Azeem telah mula mendapatkan rentak dalam larian. Saya berasakan dalam beberapa kejohanan lagi, dia mampu mendapatkan catatan yang lebih baik."

Advertisement

Must Watch Video