Skip to main content

Sukan Lain

Azeem mahu kekal berlatih di Ipoh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeem.jpg
Pelari pecut remaja negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, menegaskan dia hanya akan menyertai program latihan berprestasi tinggi selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lagi bagi menjamin masa depannya.

Azeem menganggap hanya pelajaran akan menjamin hidupnya.

Bekas pelajar sekolah menengah berasrama penuh itu mahu kekal berlatih di Ipoh walaupun mendapat tawaran untuk ke Bukit Jalil dan dari luar negara.

Azeem enggan terburu-buru mengubah program dan suasana latihannya yang membantunya mencatatkan masa terpantas dunia dalam acara 200m bagi peringkat usia bawah 15 tahun.

"Saya tidak bercadang untuk menjalani latihan di luar negara buat masa ini kerana saya mahu menghabiskan dulu pelajaran saya di Malaysia dengan menamatkan zaman persekolahan dan memperoleh sijil SPM.

"Selepas itu, barulah saya akan memikirkan tentang latihan di luar negara atau yang lain-lain.

"Kita tidak akan berlari sepanjang hayat, jadi apabila saya tidak berlari lagi satu hari nanti, pelajaran inilah yang akan membantu saya untuk mengejar cita-cita yang lain," katanya.

Azeem mencipta sensasi selepas mencatatkan rekod baru acara 200m lelaki B-15 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dengan catatan 21.24 saat.

Selain itu, dia turut memecahkan rekod MSSM bagi acara 100m dan lompat jauh. 

Kejayaan itu melayakkan Azeem untuk diserap ke dalam Program Pelapis Kebangsaan untuk dihantar berlatih dan menyertai lebih banyak kejohanan.

Advertisement

Must Watch Video