Remaja terpantas dunia, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, gembira dengan keputusan Majlis Sukan Negara (MSN) menyerapkannya dalam program pelapis kebangsaan serta dikekalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, Ipoh.
MSN menempatkan Azeem di bawah program pelapis kebangsaan dalam usaha untuk tidak mengganggu atlet itu.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, berkata atlet itu juga akan terus kekal di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat( SMGR) sehingga akhir tahun ini.
Azeem juga menjelaskan akan menghadapi Kejohanan Sekolah-Sekolah Asean di Indonesia selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan depan.
"Saya bersyukur dan gembira dengan keputusan-keputusan ini," katanya.
"Kini saya dapat menumpukan perhatian kepada peperiksaan PT3 serta meneruskan latihan bagi menghadapi tugasan-tugasan terdekat," tambah Azeem ketika ditemui selepas pertemuan dengan rombongan Shapawi tengah hari tadi.
Azeem, 15, tidak berasa sebarang tekanan diletakkan di bawah program itu kerana yakin mampu mengharungi suasana yang bakal dihadapi.
"Tidak ada tekanan kerana saya tahu bagaimana dan apa yang perlu dilakukan.
"Apa yang dilakukan di sini sama sewaktu di Bukit Jalil."
Azeem berkata dia belum memikirkan perancangan tahun depan kerana yang penting ialah dia kekal di Gunung Rapat untuk fokus terhadap peperiksaan yang bakal dihadapi.
"Saya akan fikirkan tentangnya apabila tiba masanya.
"Sudah tentu saya akan buat keputusan yang terbaik," ujarnya.
Azeem sebelum ini berada dalam dilema apabila diberi pilihan sama ada berlatih di luar negara, berpindah ke SSBJ atau kekal berlatih di Perak dengan segala bantuan akan disalurkan mengikut keperluan.