Skip to main content

Sukan Lain

Azeem jadi sandaran raih dua emas

azeem.jpg
Remaja terpantas dunia dalam acara 200 meter, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, menjadi taruhan SMK Gunung Rapat (SMGR) untuk mengutip dua pingat emas dalam Kejohanan Sekolah-Sekolah Sukan Thailand (TSSG) Ke-23, bermula esok.

Segar daripada kejayaannya dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 di Semarang, Indonesia, atlet berusia 15 tahun itu diharapkan menghadiahkan dua pingat emas melalui acara 100 dan 200 meter dalam TSSG.

Pengetua SMKGR, Roslen Hashim, berkata Azeem yang berada di Indonesia akan menyertai pasukan itu di Thailand hari ini.

Azeem mencatat sejarah selaku pemenang pingat emas termuda acara 200 meter Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 apabila melakukan larian 21.63 saat di pentas final untuk menebus kehampaan kekalahan dalam acara 100m.

Kejayaan di Semarang, Indonesia itu menjadi detik penting buatnya kerana itu kali pertama dia meraih emas di peringkat antarabangsa.

Atlet itu diiktiraf remaja terpantas di dunia bawah 16 tahun (B-16) dalam acara 200 meter (m) menerusi catatan 21.24 saat yang dilakukan dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Johor.

SMKGR yang menyertai kejohanan itu buat kali ketiga dengan menghantar 67 atlet menyertai empat acara, iaitu hoki, sepak takraw, bola sepak dan olahraga.

Hoki kali pertama dipertandingkan kali ini dan SMKGR menyasarkan untuk menang pingat dalam acara itu. 

Advertisement

Must Watch Video