Skip to main content

Sukan Lain

Azeem Fahmi buru perbaiki catatan larian di Florida

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeem-fahmi.jpg
Misi mencari catatan bawah 10 saat daripada pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi masih di landasan terbaik.

Mencipta sensasi dengan menjuarai 100 meter di Kejohanan Universiti Florida dengan catatan 10.32 saat bulan lalu, belum mampu mencipta rasa puas di hati Azeem.

Menjelang kejohanan seterusnya, Azeem mahu memperbaiki rankingnya dari kedudukan ke-64.

Anak jati Teluk Intan, Perak itu menyasar catatan baru sekurang kurangnya 10.20 saat demi menepati kelompok 15 terbaik ranking kolej di USA.

Cuma untuk kali ini, Azeem terpaksa mengubah perancangan asalnya.

Atas faktor cuaca, kejohanan yang sepatutnya berlangsung lebih awal di Pennsylvania terpaksa diubah pada saat-saat akhir dengan memilih Florida untuk Azeem mencipta sensasi kedua.

Hanya ditemani jurulatihnya dan tanpa rakan-rakan yang lain, Azeem tidak kekok untuk terus tampil memukau.

"Sejujurnya, saya masih belum berpuas hati dengan catatan 10.32 saat yang dilakukan sebelum ini. Ia boleh diterima tetapi saya sasar untuk melakukan larian yang lebih laju supaya berada dalam kelompok terbaik di Amerika Syarikat buat masa ini, " kata Azeem.

Advertisement

Must Watch Video