Majlis Sukan Negara (MSN) menempatkan remaja terpantas dunia, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, di bawah program pelapis kebangsaan dalam usaha untuk tidak mengganggu atlet itu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, berkata Azeem juga akan terus kekal di Sekolah Menengah kebangsaan Gunung Rapat (SMGR) sehingga akhir tahun ini.
"Walaupun di bawah program pelapis ini, atlet perlu tinggal di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), tetapi Azeem satu pengecualian buat sementara waktu.
"Dia akan terus berada di sini sehingga selesai Peperiksaan PT3 nanti," kata Shapawi kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Sukan Perak itu sebentar tadi.
"Ini lawatan bertujuan mendapatkan maklumat mengenai Azeem, sekolah ini serta perkara-perkara lain yang berkaitan.
"Memang kita ada berbincang mengenai tawaran terhadapnya tetapi masih terlalu awal untuk membuat keputusan.
"Buat sementara, dia kekal di SMK Gunung Rapat agar dapat fokus kepada PT3. Selepas itu terserah kepadanya.
"Kita juga buat tawaran yang sama kepada jurulatihnya," tambahnya.
Muhammad Azeem, 15, diiktiraf remaja terpantas di dunia bawah 16 tahun (B-16) dalam acara 200 meter menerusi catatan 21.24 saat yang dilakukan dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Johor, baru-baru ini.
Ini adalah berdasarkan kajian terperinci yang dilakukan oleh ahli Kesatuan Statistik Balapan dan Padang (ATFS), Jad Adrian Washif.