Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan Lain

AUG: Umar mahu sekali lagi pecah rekod kebangsaan di Surabaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

umar-osman.jpg
Pelari dan pemegang rekod 400 meter kebangsaan, Umar Osman, sedar dirinya kini diletakkan sebagai atlket harapan untuk memenangi pingat emas dalam Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Surabaya bermula minggu depan.

Umar, yang sebelum ini mengalami kecederaan kelangkang dan terpaksa berehat selama tujuh bulan, kembali mempamerkan aksi terbaiknya dengan memenangi pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata di Pahang minggu lalu.

Kejayaan itu dilihat sebagai persiapan terbaiknya untuk menyumbangkan pingat emas di Surabaya.

Selepas memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 46.09 saat sewaktu beraksi dalam Sukan Universiti Dunia di Russia tahun lalu, Umar kian bersemangat untuk memperbaharui catatan itu, terutama selepas dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang dalam temasya berkenaan.

"Untuk AUG ini, saya mahu memenangi pingat emas dan kalau dapat pecahkan rekod saya sendiri, ia boleh dikira bonus," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman.

"Kerana untuk memenangi pingat emas di AUG ini, saya tidak perlu terlalu laju, jadi saya yakin akan memenangi pingat emas.

"Untuk memecahkan rekod AUG pula, saya rasa saya berpotensi untuk melakukannya," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video