Skip to main content

Sukan Lain

AUG: Masalah kesihatan tidak halang Bryan Leong sumbang emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bryan-leong.jpg
Masalah kesihatan yang dialami perenang negara, Bryan Leong, tidak menghalangnya untuk menyumbangkan pingat emas buat kontinjen negara dalam Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Surabaya, Indonesia hari ini.

Bryan, yang tidak sihat sejak semalam, meraih emas acara 100m kuak kupu-kupu dengan catatan masa 54.22 saat.

Mengulas mengenai kejayaan itu, dia berkata kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman: "Malam tadi, saya hanya mahu kekal terhidrasi, saya minum air sebanyak mungkin. Saya cuba tidur secukupnya.

"Walaupun pagi ini saya hanya terbaring dan mencuba untuk berpeluh, saya masih tidak sihat ketika mahu memulakan perlumbaan hari ini.

"Tetapi pengurus dan rakan sepasukan saya memberikan sokongan dan jurulatih pula hanya mahu saya mencuba yang terbaik dan lihat apa yang bakal berlaku.

"Jadi, saya amat gembira untuk mendapatkan kemenangan ini," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video