SUKAN LAIN
AUG: Azreen peroleh gelaran ratu pecut
Azreen Nabila Alias muncul ratu pecut Sukan Universiti ASEAN (AUG) susulan kejayaan meraih pingat emas dalam acara 100 meter di Stadium Bandar Sisaket, hari ini.
Kontinjen meraih kemenangan satu-dua selepas seorang lagi atlet pecut negara, Nor Sarah Adi meraih pingat perak.
Azreen menamatkan saingan dengan catatan masa 11.88 saat sementara Sarah melakukan 11.97s dan wakil tuan rumah, On Uma Chattha, melengkapkan podium dengna catatan 12:41s.
Iklan
Hasrat Malaysia untuk turut mengungguli gelaran raja pecut bagi kategori lelaki tidak kesampaian selepas dua wakil negara, Jonathan Nyepa dan Sudirman Hadi menamatkan saingan di kedudukan keempat dan keenam.
Must-Watch Video