Skip to main content

Sukan Lain

AUG 2024: Skuad futsal negara sedia buru kemenangan sulung

muft.jpg
Menjelang perlawanan pertama skuad futsal negara di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 esok, segala persiapan dan persediaan sudah pun dilakukan dengan sempurna walaupun banyak kekangan yang dihadapi.

Dua kemenangan dalam saingan MPFL dijangka mampu membangkitkan semangat skuad bimbingan Addy Shairullyzam Mohd Shafiee.

Pemain mengalami keletihan susulan perlawanan MPFL divisyen dua yang baru bermula 22 Jun tempoh hari sedikit sebanyak menjadi kekangan buat skuad futsal Malaysia University berada pada tahap terbaik menjelang perlawanan pertama AUG di Surabaya esok. 

Bagamanapun, dua kemenangan terawal menentang ATM dan PJ Champz sehari sebelum berlepas ke Surabaya itu diharapkan mampu memberikan suntikan semangat buat Malaysia dalam misi membenam pasukan tuan rumah.
   

Advertisement

Must Watch Video