Skip to main content

Permotoran

Audi, Porsche pasang impian sertai F1

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

f1.jpg
Dua jenama kereta tersohor dunia -– Audi dan Porsche -– mempunyai rancangan untuk menyertai Formula Satu (F1).

Kedua-dua jenama itu -- yang merupakan menjana pendapatan terbesar Kumpulan Volkswagen -- ketika ini dikatakan mempunyai minat mendalam dan menunggu peraturan baru membabitkan enjin F1 untuk bergerak ke arah yang lebih mesra alam sebelum memulakan langkah. 

Perubahan itu dilaporkan akan berkuat kuasa pada 2026 dan Porsche dijangkakan akan membentuk pakatan dengan Red Bull dan bersaing di bawah nama pasukan Red Bull-Porsche.

Audi, sebaliknya, sedang berusaha untuk membeli pasukan sedia ada dan telah mengadakan perbincangan dengan Sauber, Williams, Aston Martin dan McLaren.


Bercakap dalam satu majlis di Wolfsburg di mana VW berpangkalan, Ketua Eksekutifnya, Herbert Diess, berkata menyertai F1 hanya akan menjana lebih banyak wang berbanding tidak menyertainya. 

"Anda hanya akan kehabisan kata-kata (untuk menolaknya)," katanya.

Tahun lalu, Naib Presiden Porsche Motorsport, Fritz Enzinger, mendedahkan syarikat itu sedia mempertimbangkan masa depan mereka dalam sukan berkenaanselagi keperluan enjin memenuhi standard tertentu.

Dengan enjin baru yang menggunakan bahan api mampan sepenuhnya –- yang amat dititik beratkan oleh Kumpulan VW -– penglibatan mereka makin menjadi kenyataan.

Advertisement

Must Watch Video