Skip to main content

Sukan Lain

Atlet sukan kurang popular juga harumkan nama negara -- Syarul Azman

syarul-mahen.jpg
Jaguh bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah, meminta Majlis Sukan Negara (MSN) agar mengkaji semula senarai atlet program latihan kebangsaan selepas menerima sebuah pangsapuri daripada syarikat swasta sebagai menghargai sumbangannya muncul Mr Universe dan Mr Asia.

Syarul Azman menganggap atlet sukan kurang popular juga berhak menerima bantuan.

Juara tiga kali Mr Universe tersebut tidak menerima sebarang elaun sejak setahun lalu berikutan bina badan tiada dalam senarai program latihan kebangsaan.

Mujur campur tangan kerajaan membantunya memiliki kediaman untuk memudahkan usahanya memburu gelaran Mr Universe buat kali keempat dan Mr Asia kali kelima.

"MSN patut menerima mereka dalam program latihan kebangsaan sebab atlet sukan kurang popular juga membawa nama Malaysia.

"Yang penting, mereka mengharumkan nama negara dan mereka patut mendapatkan balasan setimpal ," katanya. 

Syarul Azman menerima satu unit pangsapuri bernilai RM198,000 selain perabot bernilai RM30,000 daripada syarikat pemaju, Aset Kayamas Sdn Bhd.

Dalam masa sama, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mengkaji beberapa calon atlet untuk menerima bantuan sama.

"Kerajaan negeri lain diharap akan turut melakukan perkara yang sama jika ada atlet yang telah lama menabur bakti untuk negeri dan negara, oleh itu jasa mereka mungkin perlu dihargai. 

"Kalau kerajaan negeri dan pusat bersama-sama untuk membantu kebajikan atlet, Insya-Allah kita dapat bersama-sama memajukan landskap sukan negara," kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.  


 

Advertisement

Must Watch Video