Pasca Mesyuarat Pengurus Pasukan Temasya Sukan Olimpik 2024 yang dipengerusikan Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Paris, Datuk Hamidin Amin yang mewakili Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang mengeluarkan arahan terbaru, melibatkan kesemua wakil negara ke temasya berkenaan untuk menjalani saringan jantung.
Difahamkan, sesi pemeriksaan jantung bermula April sehingga Mei depan berdasarkan jadual atlet negara, khsususnya yang berpangkalan di luar negara yang menjalani kem latihan intensif seperti Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran), Bertrand Rhodict Lises (terjun) serta Ariana Nur Dania Mohamad Zairi (memanah).
Inisiatif tambahan yang dicetuskan Institut Sukan Negara (ISN) ini bagi tujuan memantau tahap kesihatan jantung atlet merangkumi ujian stress senaman, echo cardiogram 2d serta MRI jantung.
Namun, ironinya jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, diberi pelepasan daripada ujian di Institut Jantung Negara (IJN) atas faktor sudah menjalani rawatan berkala menyeluruh di Australia.
"Kita sudah memantau Azizul dan melaksanakan pemeriksaan sejak dia mengalami kecederaan dan ketika ini dia dalam keadaan yang baik.
"Dia sudah boleh berlatih dalam intensiti yang tinggi, kini dia dalam pemantauan jurulatih dan staf perubatan ISN.
"Kini dia telah sembuh sepenuhnya daripada keradangan tersebut malah terdapat pakar jantung dan kardiologi di sana yang akan terus memantau keadaan dia jika perlu." kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Ramli.