Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengambil keputusan untuk menghantar atlet petanque negara di bawah naungannya ke Sukan SEA Filipina, November depan, selepas Persatuan Petanque Malaysia (PPM) digantung dalam semua kejohanan oleh badan dunia sukan itu.
Presiden MOM, Datuk Seri Norza Zakaria, berkata proses pemilihan khas akan dianjurkan untuk memilih atlet petanque terbaik ke Sukan SEA.
PPM digantung oleh Persekutuan Petanque Antarabangsa (FIPJP) kerana didakwa berkaitan isu kewangan dan tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan ketika menyertai pertandingan antarabangsa.
“PPM telah digantung oleh FIPJP dan oleh itu, proses pemilihan khas akan diadakan untuk atlet sukan berkenaan. Atlet petanque akan sertai temasya sukan di bawah naungan MOM,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA di Wisma MOM, hari ini.
Dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, skuad petanque negara menyumbangkan dua pingat emas menerusi Muhamad Hafizuddin Mat Daud dalam acara perseorangan lelaki, serta gandingan Saiful Bahri Musmin dan Syed Akmal Fikri Syed Ali bagi acara beregu lelaki.
-- BERNAMA