Skip to main content

Sukan Lain

Atlet olahraga positif steroid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

olahrga.jpg
Skuad olahraga negara digemparkan dengan isu doping apabila seorang atlet dikesan positif bahan terlarang jenis steroid ketika menyertai Kejohanan Tertutup Malaysia 2019.

Situasi itu bermakna tahun ini kem olahraga dimulakan dengan kejutan selepas wartawan Nadi Arena diberitahu atlet yang terlibat itu menyertai Kejohanan Tertutup Malaysia tahun lalu yang menyaksikan dia positif steroid.

Lebih mengejutkan, hanya atlet bina badan sahaja yang dikesan positif bahan sama tahun lalu.

"Sekarang siasatan sedang dibuat. Mesyuarat esok akan kami maklumkan perkembangan," kata Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk S. M. Muthu.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11.00 malam ini.



Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video