SUKAN LAIN
Atlet olahraga positif doping diberi tempoh sehingga 11 Julai
Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) memberikan tempoh hingga 11 Julai ini kepada seorang atlet lompat tinggi yang gagal dalam ujian doping ketika beraksi di Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Februari lalu.
Jelas Pengarah ADAMAS, Azura Abidin, jika tiada sebarang maklum balas diterima pada tarikh yang ditetapkan, pihaknya akan menjalankan siasatan dan mengadakan sesi pendengaran.
Bentuk hukuman hanya akan ditentukan selepas selesai siasatan menyeluruh yang akan diadili dengan sebaik mungkin.
Iklan
Atlet berkenaan pula mempunyai dua pilihan, sama ada mengaku bersalah atau dibawa ke panel pendengaran.
ADAMAS dalam perkembangan sama turut mengesahkan tiada kes doping membabitkan atlet yang mengambil bahagian di Sukan SEA Kemboja, baru-baru ini.
“Bagi tempoh sekarang, atlet berkenaan perlu membalas surat tunjuk sebab dan mencabar ujian sampel B. Kita tunggu hingga 11 Julai hingga jam 5 petang.
“Kalau atlet terbabit beri surat tunjuk sebab dan ujian sampel B barulah kita akan siasat (berdasarkan maklum balas atlet),” katanya.
Must-Watch Video