SUKAN LAIN

Atlet lawan pedang negara, Peng Kean, umum persaraan

Stadium Astro
Public Anonymous User
08/02/2017
05:42 MYT
Sponsor Banner
Atlet lawan pedang negara, Peng Kean, umum persaraan
Skuad lawan pedang negara menerima tamparan hebat apabila jaguh acara sabre, Yu Peng Kean, mengumumkan persaraan selepas 13 tahun menabur bakti untuk negara.
Ketika tinggal beberapa bulan sahaja lagi Sukan SEA Kuala Lumpur akan berlangsung, atlet kelahiran Melaka berkenaan terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas bergelut dengan kecederaan lutut sejak tahun lalu.
"Memang selalu fikir betulkah keputusan untuk menarik diri daripada skuad Sukan SEA ini? Sebab kita menjadi tuan rumah.
"Memang mahu beraksi dan tetap berlatih. Tetapi kaki tetap sakit lagi, maka awal tahun ini saya membuat keputusan untuk bersara," katanya.
Prestasi terbaik Peng Kean ialah layak ke Sukan Olimpik London 2012sebelum dia mara ke pusingan kedua dalam temasya itu.
Selain itu, Peng Kean turut mencipta sejarah apabila membarisi acara berpasukan ketika Malaysia meraih dua emas Sukan SEA Indonesia pada 2011 untuk menamatkan penantian emas sejak 1989.
"Saya yakin rakan sepasukan saya boleh melakukan sesuatu untuk membantu Malaysia dalam Sukan SEA kali ini," tambah Peng Kean, yang kini bertindak sebagai jurulatih kelab lawan pedang di ibu kota.
Nama: Yu Peng Kean Usia: 26 tahun Asal: Melaka Kategori: Sabre Pencapaian:
Emas berpasukan Sukan SEA 2011 Suku akhir Kejohanan Asia 2011 Pusingan kedua Sukan Olimpik London 2012
Topic Berkaitan
Must-Watch Video