Manchester United kembali ke landasan kemenangan selepas sembilan perlawanan tanpa kemenangan dalam semua kejohanan.
Kapten pasukan, Bruno Fernandes, dan Matheus Cunha memacu kebangkitan United menewaskan Roma 3-2 dalam kempen Liga Juara-Juara (UCL) di Old Trafford, awal pagi tadi.
United ketinggalan 0-2 dalam babak pertama, sebelum pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalty yang disempurnakan Fernandes, dan dua jaringan lewat Cunha dalam tempoh 10 minit sebelum dilayangkan kad merah pada penghujung perlawanan untuk memastikan tiga mata buat The Red Devils.
COMEBACK = COMPLETE! ❤️🔥 https://t.co/GmpyQIDPnY
— Manchester United (@ManUtd) November 3, 2026
Kemenangan itu memacu anak buah Michael Carrick berada di kedudukan ke-17 dengan enam mata selepas empat perlawanan, sementara Roma di tempat ke-19 dengan empat mata.