Skuad karate kebangsaan teruja mahu melihat kelainan yang bakal dibawa oleh ketua jurulatih baru dari Mesir, Tamer Abdelraouf Mourssy.
Kejohanan utama pada 2023 dianggap sebagai pelantar untuk menilai tahap keberkesanan bimbingan Tamer menerusi prestasi skuad negara menerusi beberapa kejohanan utama.
Setibanya di Malaysia pertengahan bulan ini, pemenang pingat perak Kejohanan Dunia 2008 itu mempunyai tempoh kurang dari tiga bulan untuk mempersiapkan skuad negara bagi menghadapi cabaran pertama iaitu Sukan SEA Kemboja dengan sasaran yang ditetapkan iaitu tiga pingat emas.
"Harapan kami memang tinggi. Ramai jaguh karate dunia dilahirkan dari Mesir jadi harap akan dapat idea dan taktikal baru.

"Malah, peluang menyertai pertandingan pendedahan dengan pasukan di Mesir," kata jurulatih skuad karate negara, R. Puvaneswaran.
Sementara itu, pemenang gangsa Kejohanan Asia Uzbekistan 2022, Muhammad Arif Afifuddin Ab Malik, berharap kehadiran Tamer mampu menyemarakkan kem negara selain mahu memanfaatkan pengentahuannya.
C. Shahmalarani pula menetapkan misi serampang dua mata selain berhasrat mempertahankan gelarannya dalam acara kumite 55kg Sukan SEA.
"Saya ingin memperbaiki kedudukan ranking yang kini di tangga ke-29 dunia bagi peluang menyertai kejohanan lebih besar," katanya pula.