Skuad negara memberikan reaksi bercampur-baur susulan cadangan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk merombak barisan kejurulatihan, termasuk membawa masuk bekas ketua jurulatih kebangsaan, Harun Rasheed.
Namun, tidak semua mengalu-alukannya seperti pelari pecut yang dijangka menerima pengendali baru susulan pengumuman Presiden KOM, Datuk SM Muthu.
Ketika ini, ada atlet yang sudah selesa dengan jurulatih sedia ada di samping ada pula yang mahukan perubahan.
"Saya tidak kisah dengan pelantikan mana-mana jurulatih asalkan ada pingat dalam Sukan SEA Filipina sama ada daripada acara individu mahupun berpasukan," kata pelari pecut wanita, Siti Fatimah Mohamad, yang ditemui dalam sesi latihan di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.
Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, pula menjelaskan semakin selesa di bawah tunjuk ajar Alexander Gasparyan dengan berkata: "Saya sudah selesa di bawah tunjuk ajar jurulatih ketika ini, jadi saya perlu tengok dululah apakah perancangan KOM selepas ini."
Sementara itu, pelari pecut lelaki, Nixson Kennedy, pula memberi reaksi positif.
"Saya menerima apa jua keputusan pelantikan jurulatih tempatan ataupun luar. Yang penting, demi yang terbaik untuk sukan olahraga negara," katanya.
Pelari pecut negara, S. Komalam Shally, pula menuntut KOM agar mengambil langkah proaktif untuk membantu perkembangan atlet, termasuk daripada segi psikologi.
"Saya sentiasa menyokong atlet kerana mereka banyak berkorban dalam kehidupan dan latihan, jadi tolong jangan heret atlet.
"KOM telah melihat jatuh bangun atlet, jadi bantulah mereka bangkit pada masa depan," ujarnya.