Skip to main content

Sukan Lain

Atlet angkat berat wanita Terengganu hidap barah selamat dikebumikan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

atlet-terengganu.jpg
Atlet Terengganu, Siti Noralyaa Mat Marzuki, 25, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Kampung Belara pagi tadi setelah menderita akibat penyakit barah payudara.

Angkat berat yang pernah mengharumkan negeri itu dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2022 menerusi pingat gangsa kategori 71 kilogram dan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) semalam -- sejak terlantar pada bulan lalu. 

Dalam satu kenyataan kepada Bernama, bapanya Mat Marzuki Mat Jusoh, 51, mendedahkan bahawa anak perempuan sulungnya merahsiakan penderitaannya sejak mengetahui menghidapi barah peringkat empat pada Januari lalu. 




 

Advertisement

Must Watch Video