Skip to main content

Sukan Lain

Atasi Sri Lanka bantu lonjak ranking Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

masrilanka.jpg
Kemenangan skuad ragbi 15s negara ke atas Sri Lanka dalam aksi persahabatan semalam membantu untuk melonjakkan kedudukan ranking Malaysia ke tangga ke-44 dunia.

Sebelum perlawanan bermula, Malaysia berada di tangga ke-48, dan kejayaan menumbangkan Sri Lanka yang berkedudukan ke-43 dunia di laman sendiri dengan keputusan 31-26 membantu untuk mendaki tangga ranking dunia, sekali gus motivasi sebelum memulakan saingan Kejohanan Ragbi Asia (ARC) Divisyen Perdana 18 Mei ini.

Ketua jurulatih skuad negara, Bradley Mika, turut akan mengubah waktu latihan untuk barisan pemainnya yang beragama Islam memandangkan mereka akan menjalani ibadah puasa bermula esok.

"Ia merupakan satu cabaran tetapi kami akan berbincang dan mengubah waktu latihan skuad negara," kata Mika.

Seramai 28 pemain dipilih untuk membawa cabaran Malaysia dalam saingan ARC sejurus tamat perlawanan persahabatan semalam dengan tumpuan kepada K. Dineshwaran yang dilantik menjadi kapten pasukan.

Ia juga pengubat duka buat pemain kelahiran Kedah itu yang berkelana dengan kelab Jepun, Hino Red Dolphins, apabila tahun lalu, khidmatnya terpaksa digugurkan pada saat-saat akhir kerana mengalami kecederaan serius di tangan kanan.

"Kami akan menggilap lagi aspek teknikal dalam latihan selama dua minggu sebelum saingan ARC bermula," kata Dineshwaran.

Advertisement

Must Watch Video