Skip to main content

Sukan Lain

Atasi Singapura jadi sasaran Malaysia

ragbi-wanita.jpg
"Timba pengalaman dan kalahkan Singapura."

Itu yang diharapkan oleh skuad wanita negara yang bakal melakukan penampilan sulung dalam Kejohanan Ragbi Siri Tujuh Sepasukan Asia yang bakal bermula 31 Ogos ini.

Skuad negara telah diperkasakan dengan ilmu daripada legenda Fiji, Tomasi Camaneisenirosa, selama dua minggu bagi menghadapi saingan sengit dalam Siri Ragbi Asia nanti.

Bagaimanapun, ketua jurulatih, Nik Safuan Ismade Nik Man, sedar perbezaan taraf di antara skuad wanita negara dan pasukan lain yang bakal bertembung dalam kejohanan itu nanti.

"Ranking dalam Siri Tujuh Sepasukan ini melibatkan pasukan ternama, jadi apa yang boleh dilakukan adalah timba pengalaman di sana dan sasaran kami menewaskan Singapura," katanya.

Bagi penolong ketua pasukan kebangsaan, Maslina Ahmad Ismail, penglibatan Camaneisenirosa selama dua minggu telah membantu dalam memperbaiki kekurangan yang ada. 

"Dia banyak beri perubahan kepada seluruh pasukan. Caranya lebih mendalam dan dia tahu bagaimana untuk kami bertahan. Dia menerapkan konsep yang mudah difahami oleh pemain," katanya.

Tahun lalu, skuad ragbi wanita ataupun "Panthera Ladies' mengungguli Trofi Ragbi Asia Wanita di Brunei, sekali gus menempah slot beraksi dalam saingan tertinggi Siri Tujuh Sepasukan Ragbi Asia tahun ini.
 

Advertisement

Must Watch Video