Astro komited membawa pengalaman baharu kepada peminat sukan tanah air dengan teknologi terkini, 4K UHD, yang pertama di Malaysia dengan empat kali paparan lebih jelas.
4K UHD menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih hebat dengan definisi warna menarik buat kali pertama untuk tontonan peminat sukan di Malaysia.
Menerusi teknologi tersebut, paparan warna di kaca televisyen lebih terang, di mana resolusi HDTV juga adalah empat kali ganda jelas dengan kepelbagaian palet warna.
Bagi memperkenalkan siaran 4K UHD ini, Astro menyiarkan secara ekselusif perlawanan hebat Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan West Ham, semalam, untuk julung kalinya dalam format paparan 8 juta piksel.
Penyiaran Liga Perdana dalam 4K UHD bukan sahaja bakal menyiarkan perlawanan terpilih, malah turut membawakan acara perlumbaan Formula Satu (F1) khas untuk pelanggan Astro.
"Kami menjangkakan ramai pelanggan Astro teruja dengan pelancaran ini. Kini, ada kira-kira 105,500 televisyen 4K di luar sana. Jadi, mereka selalu inginkan kandungan yang berkualiti.
"Sekarang, kami menyediakan kandungan yang diperlukan mereka. Kami sangat gembira kerana dapat membawanya kepada pelanggan Malaysia," kata Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Khay.