Pasukan futsal Astro Arena bergelar naib juara dalam Kejohanan Sukan Antara Media anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2025 yang berlangsung di Sport Arena UNITEN, malam tadi.
Skuad Astro Arena dibarisi Ainul Ameerul (Penjaga Gawang), Ariez Danysh, Fathy Azlan, Shahir Othman, Saufi Tahir, Kamal Nizam, Azrul Ekhsan dan Syazmin Adzfar.
Acara yang bermula tepat jam 8 malam itu menyaksikan pasukan Nadi Arena bermula dengan langkah kanan dalam saingan peringkat kumpulan selepas melakar kemenangan tipis 1-0 berdepan TV3 meskipun menerima cabaran sengit.

Meskipun seri 1-1 ketika menentang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), namun, rentak kemenangan diraih semula dengan menumbangkan Bernama 1-0, dan menewaskan CJ WOWSHOP 3-2 sekali gus mara ke pentas separuh akhir.
Perhitungan di pusingan separuh akhir menyaksikan Astro Arena menewaskan Astro Awani 3-2 untuk mengesahkan tempat ke pusingan akhir dengan Shahir Othman menjadi watak penting dengan mengetuai dan menjaringan gol kemenangan buat pasukan.
Begitupun, Astro Arena terpaksa akur kepada FINAS selepas perhitungan final itu berakhir dengan 1-3 dan bergelar naib juara.

Selamat Ulang Tahun Ke-69 Tahun DBP!