Presiden Persatuan Karate-do Putrajaya, P Thiagu, berharap pemilihan semula Persekutuan Karate-do Malaysia (MAKAF), 10 Julai depan, mampu membawa perbaharuan agar badan induk itu ditadbir pegawai yang lebih arif daripada segi teknikal dan pembangunan atlet.
Semalam, 12 ahli gabungan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dengan menyaksikan majoritinya bersetuju untuk mengadakan pemilihan baru disebabkan beberapa faktor yang tidak disenangi pihak lain.
Thiagu antara 12 ahli gabungan yang mencetuskan undi tidak percaya terhadap badan induk itu dengan menuntut MAKAF yang berwajah baru.
"Kami mahu memperkenalkan sebuah pasukan (jawatankuasa) yang terlibat dalam teknikal dan fokus kami adalah melantik pegawai-pegawai yang berkelayakan daripada segi teknikal untuk menentukan hala tuju MAKAF pada masa akan datang," katanya.
Tambah beliau, selepas pemilihan semula dilakukan, MAKAF seharusnya lebih fokus terhadap pembangunan atlet supaya tiada lagi situasi berulang yang menyaksikan mereka hampir kehilangan atlet untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Kami akan memulihkan segala kepincangan dalaman MAKAF, terutama atlet.
"Pencapaian atlet tidak begitu memberi kelebihan kepada MAKAF, contohnya melibatkan Syakilla Salni Jefry Krisnan," katanya.
Sejak 2010 sehingga kini, MAKAF diterajui presiden, Tan Sri Mohd Ali Rustam. Dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) tahun lalu, Mohd Ali meneruskan kepimpinannya apabila menewaskan pencabar, Datuk Clement Soo.