Pemanah recurve negara, Mohd Zarif Syahir Zolkepeli, menggesa aspek keselamatan sukan memanah diutamakan daripada peringkat sekolah lagi bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai insiden seorang pelajar sekolah terkena anak panah ketika menjalani latihan di sebuah sekolah di Gurun, Kedah.
Namun, pelajar tersebut bernasib baik tidak mengalami kecederaan serius.
Menurut Zarif, insiden berkenaan seharusnya membuka mata semua pihak supaya mengambil langkah proaktif, lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan soal keselamatan.
"Daripada segi peringkat umur, mereka seharusnya sudah mula diperkenalkan kepada latihan teknikal tetapi mungkin kecuaian yang berlaku dan aspek keselamatan harus dijadikan keutamaan," katanya.
Sementara itu, Zarif kini dalam persiapan menghadapi Kejohanan Memanah Grand Prix Asia di Bangkok, Thailand bagi memastikan tempat dalam kejohanan kelayakan Sukan Olimpik di Berlin, Jerman Jun depan.
"Buat masa ini, saya memberikan tumpuan kepada latihan dan mahu membuktikan kemampuan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik."
Editor: Ammar Hakim
Imej: Twitter