SUKAN LAIN
Ashraf syukur dapat beraya bersama keluarga
Tonggak ping pong negara, Ashraf Haikal Rizal, bersyukur mempunyai masa bersama keluarga bagi sambutan Aidilfitri tahun ini sebelum berkelana ke Belanda selama tiga bulan bagi menghadapi saingan liga.
Selama tiga bulan, atlet di ranking ke-160 dunia itu bakal berlatih dan menyertai kejohanan di Belanda selepas menerima tawaran kelab ping pong, TTV Hilversum.
"Saya menerima tawaran beraksi di Belanda. Sebelum ini, saya dapat meraih pengalaman di Jerman dan saya berharap meraih ilmu di Belanda nanti," katanya.
Iklan
Bagaimanapun, Ashraf bersyukur khidmatnya di TTV Hilversum hanya akan bermula selepas Aidilfitri, yang memberinya peluang untuk bersama keluarga dahulu.
"Saya bersyukur kerana dapat menyambut Aidilfitri bersama kerana sebelum ini sering terikat dengan latihan di luar negara."
TTV Hilversum merupakan kelab ping pong terbesar di Belanda sejak penubuhannya pada Januari 2007 dan kini memiliki lebih daripada 300 pemain ping pong professional
Terdahulu, skuad ping pong negara tewas 2-3 kepada China dalam Kejohanan Jemputan Antarabangsa di China memandangkan mereka menurunkan skuad yang baru dibentuk.
Must-Watch Video



