Skip to main content

Sukan Lain

Ashraf bakal timba pengalaman di Munich

ashraf.jpg
Kerana masalah visa, hasrat atlet ping pong lelaki negara, Muhammad Ashraf Haiqal, untuk berkelana ke kelab di Sepanyol tidak kesampaian, sebaliknya bakal bertukar kelab baru di Munich, Jerman.

Hampir kecewa pada mulanya, nasib masih menyebelahi Ashraf apabila mendapat tawaran baru daripada kelab SB DJK Rosenheim di Munich selama tiga bulan sehingga Disember depan.

Baik kelab di Jerman atau Sepanyol, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri yang bakal membuka ruang kepada setiap atlet untuk terus cemerlang di peringkat antarabangsa.

Ashraf yang terbang ke Jerman hari ini teruja untuk memulakan karier baru di luar negara buat julung kali dengan misi kembali ke Malaysia sebagai atlet berpotensi tinggi bagi membantu sukan ping pong yang kian suram selepas aksi hambar skuad negara dalam Sukan Asia tempoh hari.

"Ramai rakan saya dari luar negara beraksi bersama kelab di Jerman itu. Saya berasakan ia memiliki keistimewaan dan mampu membantu saya meningkatkan mutu permainan," katanya.

Sekiranya masih diberi peluang, Ashraf akan menyambung kontrak sehingga enam bulan di kelab itu sebelum kembali untuk bersedia bagi Kejohanan Kelayakan Olimpik, tahun depan.

"Kelayakan Sukan Olimpik merupakan sasaran setiap pemain. Kami sedang berusaha untuk melakukan persiapan untuk menempah slot beraksi di Tokyo 2020."

Advertisement

Must Watch Video