Skip to main content

Sukan Lain

ASG: Zheng Yong sedia kuak terbaik

perenang-remaja-negara,-low-zheng-yong.jpg
Perenang remaja negara, Low Zheng Yong, menjadikan Kejohanan Renang SEA Age dan Terbuka Singapura sebagai salah satu persiapannya untuk meraih pingat emas dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG), 17 hingga 25 Julai ini.

Pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) itu dalam misi memperbaiki catatan peribadi terbaiknya 2:02.43 saat dalam acara 200 meter kuak kupu-kupu.

Perenang berusia 17 tahun itu juga disandarkan harapan sebagai antara prospek emas kontinjen negara di Semarang, Indonesia. 

Selepas berkecimpung selama sembilan tahun dalam dunia renang, dia menganggap dirinya dalam keadaan bersedia meskipun keletihan sejurus pulang daripada dua kejohanan itu, baru-baru ini. 

"Saya sudah bersedia dan kini dalam semangat pertandingan," katanya di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini. 

Selain meletakkan Michael Phelps sebagai idola, Zheng Yong turut mahu menjelmakan aksi lebih cemerlang dalam penyertaan ketiganya dalam kempen ASG tahun ini. 

"Saya mengaguminya dan menjadikannya sebagai inspirasi sambil berharap mampu mencapai keupayaan sepertinya," tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video